Berlandaskan kepada Falsafah
Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Guru yang dinyatakan di bawah akan
menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada matlamat dan
pendidikan guru:
“Guru yang berpekerti mulia,
berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta
menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembangan individu dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,demokratik, progresif dan berdisiplin”.
Bagi diri saya pula, falsafah
pendidikan saya sebagai seorang guru adalah untuk melahirkan satu generasi yang
berakhlak mulia, yang berilmu dan tahu mengaplikasikan ilmu yang dimilikinya
dan juga sentiasa menghormati sesama insan. Sedih melihat sikap sesetengah
pelajar yang hilang rasa hormat terhadap si pemberi ilmu dan tidak sedikit pun
merasakan perbuatan yang dilakukan adalah salah. Saya sentiasa merasa
bertanggungjawab bila melihat sikap santun yang patut dimiliki setiap pelajar
makin berkurangan.
Kerjaya seorang guru bukanlah
sesuatu kerjaya yang mudah kerana kerjaya ini melibatkan masa depan anak
bangsa. Jadi saya akan sentiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa agar
dapat menjadi seorang guru bitara dan seorang guru yang bertanggungjawab serta
sentiasa menjadikan Falsafah Pendidikan Guru, Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Falsafah Pendidikan Sains Kebangsaan sebagai panduan ke arah menjadi guru
yang cemerlang kepada pelajar-pelajar yang bakal menjadi harapan negara.

No comments:
Post a Comment